Belajar tak semestinya kena duduk diam dan menghadap buku.
Zafisya Kids diwujudkan untuk membantu ibu bapa menjadikan waktu belajar anak lebih seronok, santai dan tidak terlalu tertekan.
Kami menyediakan educational games dan bahan pembelajaran digital yang direka untuk kanak-kanak, khususnya usia 5 hingga 12 tahun — supaya anak boleh belajar sambil bermain, mengulang kaji dan melatih kemahiran mereka dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Daripada Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Islam hinggalah permainan puzzle dan aktiviti minda, kami sentiasa menambah kandungan baharu untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik.
Kami percaya setiap anak mempunyai cara belajar yang berbeza.
Sebab itu, Zafisya Kids berusaha menghasilkan aktiviti pembelajaran yang mudah digunakan, menarik dan mesra kanak-kanak, sambil membantu ibu ayah mencari alternatif kepada pembelajaran yang terlalu serius.
Main. Belajar. Ulang. Seronok.
Itulah cara kami di Zafisya Kids.
~Mama Zafisya~